Hidangan Utama
Vegetarian/Vegan
Malaysia
Dhal Tradisional Sihat

4

30 minit

Kurang pedas tetapi kaya rasa, hidangan ini digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Ramuan
  • 1 biji bawang besar kuning (dicincang)
  • 1 sudu besar minyak kelapa
  • 1 inci halia (dihiris halus memanjang)
  • 2 biji tomato (dipotong empat)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 tangkai daun kari (daun dileraikan)
  • 1⁄2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk cili (lebih jika suka pedas)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 terung panjang (dipotong 1 inci)
  • 1/4 kuntum brokoli (dipotong 1 inci)
  • 1/4 kuntum bunga kubis (dipotong 1 inci)
  • 1/2 biji kubis (dipotong 1 inci)
  • 200gm kacang panjang (dipotong 2 inci)  
  • 1 liter air
  • 1⁄2 sudu besar garam
Needed kitchenware
Cara penyediaan

1.

Panaskan minyak kelapa dengan api sederhana tinggi, kemudian masukkan bawang dan bawang putih. Tumis sehingga sedikit layu.

2.

Masukkan kunyit, ketumbar, jintan putih, cili, serbuk jintan manis, daun kari dan halia. Tumis selama 3 minit, kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.

3.

Masukkan semua sayur-sayuran dan masak sehingga lembut dan sebati (kira-kira 15 minit dengan api sederhana). Akhir sekali masukkan garam dan hidangan siap!

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Tip

Jika daun kari tiada, serbuk kari boleh digunakan

Petua penjimatan kos

Mesra Halal
Mesra Kosher

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah