Hidangan Utama
Makanan Laut
Malaysia
Udang pedas dalam kuah santan dan kunyit

2

20 minit

Ramuan
  • 8 ekor udang saiz sederhana (dibuang urat, tetapi biarkan kulitnya)
  • 1 sudu kecil Garam
  • 5 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup atau 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 batang serai, dititik/diketuk sedikit (buang bahagian atas)
  • 1 keping asam keping
  • 1 cawan santan
  • ½ cawan air
  • 1 helai daun kunyit (dikoyak-koyak)
  • 100gm kacang panjang (dipotong 2 inci panjang)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)

Needed kitchenware
  • Pengisar atau pemproses makanan
Cara penyediaan

1.

Kisar cili dan kunyit dalam pengisar.

2.

Masukkan air, bahan kisar, serai, santan, daun kunyit dan asam keping ke dalam periuk. Biarkan mendidih perlahan.

3.

Kemudian, masukkan udang, kacang panjang, tomato dan garam ke dalam periuk.

4.

Biarkan mendidih kemudian angkat dan hidangkan.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Tip

Jika udang segar tiada, udang beku boleh digunakan.

Petua penjimatan kos

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah