“Saag” bermaksud sayur-sayuran hijau. Dalam resipi ini, Saag merujuk kepada sayur rebus atau puri sayur. Apa-apa jenis sayur boleh digunakan untuk Saag, tetapi sayur sawi (Sarson) merupakan pilihan utama di Pakistan dan Utara India.
Sarson ka Saag
Tadka/Tarka
Makki ki Roti
1.
Sarson ka Saag:
2.
Panaskan periuk “non-stick” di atas api sederhana. Masukkan sayur sawi, bayam, cili, bawang putih, kunyit, dan garam bersama 2 cawan air. Tutup dan biar mereneh selama 1 jam.
3.
Kacau saag, dan pastikan bawang putih dihancurkan. Kisar sehingga mencapai kepekatan puri. Pastikan tiada tangkai keras yang tertinggal.
4.
Panaskan campuran saag atas api sederhana tinggi. Masukkan tepung kacang kuda dan masak selama 3-5 minit. Masukkan daun halba kering (methi) dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam, mengikut cita rasa.
5.
Kecilkan api kepada sederhana rendah. Tambah 1 cawan air panas, dan biarkan mereneh sambil menyediakan tarka/tadka. Jika perlu, tambah lagi 1/2 cawan air untuk mencairkannya.
6.
Tadka/tarka: Panaskan kuali atas api sederhana tinggi. Masukkan minyak, mentega/ghee, dan bawang. Tumis sehingga bawang menjadi keemasan (~6-8 min). Masukkan halia dan tumis selama satu minit lagi. Gaulkan tadka/tarka ini ke dalam saag sehingga sebati. Hiaskan dengan ketumbar dan sedikit mentega. Hidangkan dengan makki ki roti
7.
Makki ki Roti:
8.
Gaulkan tepung kacang kuda dan tepung oat bersama air panas sehingga membentuk doh yang sedikit melekit.
9.
Leperkan sedikit doh bersaiz bola golf sehingga tebalnya lebih kurang 1/4 inci.
10.
Panaskan kuali besi tuang dan masukkan roti. Apabila terdapat bebola udara di permukaan roti dan bahagian bawah roti berwarna keemasan dengan bintik-bintik coklat, terbalikkannya.
11.
Masak selama 1-2 minit. Sapu sedikit mentega di atas roti. Terbalikkan beberapa kali untuk 1-2 minit.
12.
Tip
Selepas memasak Saag, anda boleh tambahkan chilli flakes untuk menjadikannya lebih pedas.
Petua penjimatan kos