Hidangan Utama
Makanan Laut
Pakistan
Karahi Udang

3

25 mins

“Karahi” merujuk kepada kuali khas yang digunakan di Asia Selatan dan diperbuat daripada besi tuang. Nama “Karahi” juga merujuk kepada masakan kari yang kaya dengan perisa tomato, ketumbar, cili hijau dan halia.

Ramuan
  • 1/2 cawan Ghee atau Mentega tidak bergaram
  • 3 sudu besar bawang kuning, dicincang
  • 2 sudu besar bawang putih, kisar
  • 2 sudu besar halia kisar
  • 500g Tomato Segar, dikisar menjadi puri
  • 450g Udang
  • 4 Cili Hijau Segar, dibelah dua
  • 1.5 sudu teh garam (atau secukup rasa)
  • 3 sudu teh serbuk cili merah
  • 0.5 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh kalonji (habbatus sauda)
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Setengah ikat daun ketumbar, dicincang
  • 2 biji cili hijau, dibelah empat
  • Halia segar dihiris nipis, secukup rasa
Needed kitchenware
Cara penyediaan

1.

Panaskan ghee atau mentega dalam kuali atau periuk. Goreng udang selama satu minit. Ketepikan

2.

Dalam kuali yang sama, masukkan halia cincang dan bawang putih. Tumis selama 2 minit

3.

Masukkan semua rempah dan cili hijau. Tumis untuk satu minit

4.

Masukkan tomato. Masak atas api besar, kerap mengacau, untuk 5-10 minit, sehingga kuah pekat dan pecah minyak

5.

Masukkan semula udang dan teruskan masak dengan api besar untuk 5 minit lagi (7-8 minit untuk udang besar)

6.

Karahi udang anda sudah siap! Hiaskan dengan ketumbar, hirisan halia, habbatus sauda dan cili hijau.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Tip

Petua penjimatan kos

Mesra Halal

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah