Kek yang ringan, gebu dan berongga diperbuat daripada jus Pandan, marjerin, tepung dan telur - kegemaran rakyat Malaysia.
1.
Panaskan ketuhar hingga 165c.
2.
Dalam mangkuk pengadun, masukkan putih telur dan krim tartar, kemudian putar hingga kental dan bertanduk, lalu ketepikan.
3.
Dalam mangkuk adunan lain, pukul kuning telur hingga warnanya menjadi cerah.
4.
Kemudian masukkan santan, minyak zaitun, ekstrak vanila dan ekstrak/jus pandan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
5.
Ayak tepung badam, garam dan serbuk penaik, kemudian gaul sebati.
6.
Setelah semuanya digaul sebati. Dengan spatula, kaup balikkan putih telur yang kental dan bertanduk tadi ke dalam adunan dengan perlahan.
7.
Tuang adunan ke dalam acuan pembakar dan bakar dalam ketuhar selama 25 minit atau sehingga perang keemasan yang cantik.
8.
Selepas itu, gunakan lidi dan cucuk di tengah kek. Jika lidi keluar bersih, ini bermakna kek sudah masak sepenuhnya. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sehingga sejuk.
9.
Dengan pisau kecil, lalukan di sekeliling tepi acuan kek, terbalikkan dan ketuk perlahan di atas meja sehingga kek keluar.
10.
Akhir sekali, titiskan madu dan taburkan sedikit kelapa kering di atas kek. Sudah tentu, langkah ini adalah pilihan.
11.
12.
Tip
- Jangan griskan loyang/acuan pembakar. Adunan kek perlu melekat pada sisi loyang/acuan pembakar untuk naik semasa membakar. - Sentiasa ayak tepung. - Anda boleh membuat jus pandan sendiri hanya dengan memasukkan daun pandan dan air (nisbah 1:1) ke dalam pengisar. Selepas itu gunakan penapis untuk mengasingkan air dan sisa.
Petua penjimatan kos