Hidangan Utama
Daging
India
Wrap Daun Salad Kambing Cincang Berempah ala India

4

35 mins

Saya pernah menikmati sajian seakan ini bersama roti di restoran. Ia juga sangat sedap sebagai inti wrap salad!

Ramuan
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang merah, potong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • Kira-kira 2cm Halia, diparut
  • 2 batang daun bawang, dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau, dikisar
  • 1 biji terung, potong dadu
  • 200g zukini, potong dadu
  • 500g kambing cincang
  • 1 kiub pati kambing
  • 100g yogurt Greek
  • 2 daun salam
  • 80g kacang pea
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Daun salad untuk wrap
Needed kitchenware
Cara penyediaan

1.

Dalam kuali besar, panaskan minyak atas api sederhana rendah. Tumis bawang merah, selama kira-kira 10 minit sehingga lembut.

2.

Masukkan bawang putih, halia, daun bawang dan cili hijau. Tumis sehingga naik bau, beberapa minit.

3.

Masukkan terung, tutup kuali, dan biarkan masak selama 10 minit sehingga terung lembut. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan melekat.

4.

Masukkan zukini dan masak selama beberapa minit.

5.

Besarkan api ke sederhana tinggi. Letakkan daging kambing cincang dan kiub pati yang dipecahkan di tengah kuali. Masak hingga berwarna keperangan

6.

Tuangkan yogurt, kacau hingga sebati, kemudian kecilkan api untuk mereneh. Masukkan daun salam dan tutup kuali untuk kira-kira 10 minit.

7.

Masukkan kacang pea, perasakan secukup rasa, dan masak selama 5-7 minit lagi.

8.

Hidangkan dengan daun salad wrap.

9.

10.

11.

12.

Tip

Anda boleh menggunakan sayur lain mengikut cita rasa.

Petua penjimatan kos

  • Anda juga boleh menggunakan sayur-sayuran dan daging sejukbeku
Mesra Halal

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah