Hidangan Utama
Ayam/Burung Ternakan
Perayaan
Lada Benggala sumbat Ayam Belanda Halloween

4

40 min

Resipi yang menyeronokkan untuk seisi keluarga! Lada benggala berbentuk “jack-o-lantern” ini sangat comel dan lazat!

Ramuan

Lada

  • 4 biji lada benggala
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • garam

Inti Ayam Belanda

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang merah, dipotong dadu
  • 400g daging ayam belanda cincang
  • Garam dan lada hitam
  • 1/2 sudu teh herba campuran
  • 1/4 sudu teh paprika
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 tin tomato
  • 1 kiub pati ayam
  • Kira-kira 80g bayam
  • 4 sudu besar keju parut
Needed kitchenware
Cara penyediaan

1.

Panaskan ketuhar kepada 180c

2.

Potong bahagian atas lada benggala anda dan keluarkan bijinya. Simpan bahagian atas untuk digunakan kemudian.

3.

Gunakan pisau tajam untuk mengukir muka “jack-o-lantern” pada lada benggala.

4.

Lumur bahagian dalam lada benggala dengan minyak zaitun dan garam dan ketepikan.

5.

Dalam kuali besar, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana tinggi.

6.

Masukkan bawang dan masak beberapa minit sehingga lut sinar

7.

Masukkan ayam belanda dan perasakan. Pecahkan dengan sudu kayu.

8.

Setelah daging berwarna keperangan, masukkan tomato dan kiub pati dan kacau hingga sebati.

9.

Masukkan bayam dan masak hingga lembut

10.

Isikan lada benggala dengan inti dan kemudian taburkan dengan keju.

11.

Tutup lada benggala semula dengan tangkai yang disimpan tadi. Bakar dalam ketuhar selama kira-kira 30-35 minit.

12.

Tip

Anda boleh memilih daging lain mengikut cita rasa anda

Petua penjimatan kos

Mesra Halal

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah