Hidangan Utama
Daging
Thai
Sirloin Bakar (Weeping Tiger)

2

25 minit

Hidangan tempatan Thai utara yang diperbuat daripada potongan sirloin. Kisah-kisah legenda menggambarkan dan membandingkan rupa potongan daging itu dengan kulit harimau dan titisan serta lemak cairnya menyerupai air mata harimau, oleh itu nama hidangan ini – Harimau Menangis.

Ramuan
  • Stik Sirloin Daging Lembu (350g)

Perapan

  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Garam
  • Lada hitam

Sos pencicah

  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 6 sudu besar air suam
  • 3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 2 biji cili padi (dicincang)
  • 2 biji bawang merah kecil (dicincang halus)
  • 10g daun ketumbar cincang

Needed kitchenware
Cara penyediaan

1.

Perap stik sejam lebih awal dengan menggabungkan bahan perapan dengan stik dan ketepikan.

2.

Campurkan semua bahan untuk sos pencicah dan ketepikan.

3.

Keluarkan stik dari perapan. Keringkan stik dengan menepuk-nepuknya, dan buang lebihan bawang putih.

4.

Panaskan kuali berat di atas api sederhana tinggi. Masukkan 1 sudu besar mentega dan panggang stik di atas kuali selama 1 minit setiap sisi atau sehingga mencapai tahap kematangan yang dikehendaki. Tahap kematangan yang disyorkan untuk Stik Weeping Tiger ialah sederhana masak (medium rare).

5.

Angkat stik dari kuali dan biarkan stik berehat selama 5 minit. Potong stik menjadi jalur melawan urat daging stik dan hidangkan bersama sos pencicah.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Tip

Anda boleh menggantikan sos ikan dengan campuran cuka epal dan kicap rendah garam. Anda boleh menggantikan pes asam jawa dengan campuran jus limau nipis segar.

Petua penjimatan kos

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah