Hidangan Utama
Ayam/Burung Ternakan
Malaysia
Ayam Bakar dengan Sos Percik

4

50 minit

Resipi istimewa untuk bulan Ramadan

Ramuan
  • 1 ekor ayam bulat, dipotong 4

Perapan:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cm halia

Sos Percik:

  • 3 cawan santan
  • 1 batang serai (dikisar dalam pengisar makanan)
  • 2 cm halia (dikisar dalam pengisar makanan)
  • 4-5 tangkai cili kering (dikisar dalam pengisar makanan)
  • 8-10 biji bawang merah (dikisar dalam pengisar makanan)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar air asam jawa  
Needed kitchenware
  • Pengisar atau pengisar makanan
Cara penyediaan

1.

Kisar bahan-bahan perapan dalam pengisar hingga halus.

2.

Perap ayam yang telah dibersihkan dan dipotong 4 selama sekurang-kurangnya 1.5 jam (Boleh diperap semalaman. Lebih lama diperap, lebih sedap).

3.

Untuk Sos Percik, kisar serai, halia, cili kering dan bawang dalam pengisar atau pemproses makanan.

4.

Campurkan bahan kisar bersama santan dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih (kira-kira 15 minit) kemudian perasakan dengan air asam jawa dan garam.

5.

Teruskan memasak sehingga pekat sedikit (lagi 10 minit). Ketepikan dan biarkan sejuk.

6.

Apabila sos percik sudah sejuk, ketepikan separuh daripada sos tersebut

7.

Lumurkan ayam dengan separuh daripada sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180C sehingga masak (30 minit).

8.

Apabila sudah masak, lumurkan ayam yang telah masak dengan separuh sos yang selebihnya sebelum dihidangkan.

9.

10.

11.

12.

Tip

Petua penjimatan kos

Mesra Halal
Mesra Kosher

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah