Hidangan Utama
Makanan Laut
Thai
Kari Udang Thai Mudah

2

20 min

Hidangan kegemaran keluarga saya! Kari ini merupakan antara resipi pertama saya dan saya telah mengolahnya kepada versi yang lebih sihat dan lazat ini!

Ramuan
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 1 sudu teh halia cincang
  • 1/2 sudu teh “chilli flakes”
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar pes kari hijau atau merah Thai
  • 400ml santan
  • Limau segar
  • 125g pucuk brokoli
  • 200g kacang manis
  • 165g udang
  • Garam secukup rasa
Needed kitchenware
Cara penyediaan

1.

Letakkan bakul pengukus di dalam periuk besar dengan kira-kira 2 cm air (atau sehingga air hampir masuk ke dalam bakul).

2.

Didihkan air. Kemudian masukkan brokoli dan kacang manis. Tutup dan kukus selama lebih kurang 4 minit

3.

Masukkan udang, perasakan dengan garam, tutup dan kukus selama 2-3 minit lagi (atau sehingga udang menjadi warna merah jambu).

4.

Kari:

5.

Panaskan periuk kecil dengan minyak zaitun di atas api sederhana.

6.

Masukkan halia dan bawang putih yang dikisar. Tumis sehingga naik bau, kira-kira 2 minit.

7.

Masukkan “chilli flakes”, kicap, sos ikan dan pes kari. Kacau sehingga sebati.

8.

Masukkan santan dan kacau.

9.

Reneh sehingga kari sebati sepenuhnya.

10.

Hidangkan kari dengan udang dan sayur.

11.

Nikmati bersama limau nipis segar

12.

Tip

Anda boleh menukar protein dan sayur-sayuran mengikut cita rasa anda.

Petua penjimatan kos

Abbi

Ketua Chef

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah