Perubatan
Langkah-langkah Merekod Diari Tekanan Darah

Langkah-langkah:

  1. Ukur tekanan darah waktu pagi anda sebelum mengambil ubat. Jangan bersenam, merokok, makan atau mengambil minum berkafein dalam tempoh 30 minit sebelum pengukuran;
  2. Duduk tegak dengan selesa dengan lengan anda disokong di atas meja, dan kedua-dua kaki harus rata di lantai dan tidak bersilang selama beberapa minit sebelum memulakan pengukuran
  3. Letakkan manset ('cuff') mesin pada bahagian atas lengan (2-5 cm di atas siku anda), manset ('cuff')hendaklah lebih kurang pada paras jantung anda;
  4. Tekan butang hidup/mula pada mesin dan ambil dua bacaan sekurang-kurangnya berselang 1 minit. Jika dua bacaan pertama sangat berbeza, ambil 2 atau 3 bacaan tambahan.
  5. Setiap hari, pantau tekanan darah anda pada waktu pagi (antara 6 pagi dan 12 tengah hari) dan sekali lagi pada waktu malam (antara 6 petang dan tengah malam) selama 7 hari menggunakan lengan kiri dan kanan
  6. Gunakan aplikasi Roczen untuk merekod bacaan tekanan darah anda. Apabila anda telah melengkapkan 7 hari bacaan, hantarkan mesej kepada pasukan klinikal anda dalam aplikasi dengan bacaan purata anda (sila lihat di bawah untuk cara mengira purata bacaan) 
  7. Jika anda lebih suka merekod bacaan anda di atas kertas, terdapat jadual manual di bawah yang boleh anda cetak dan isi. Anda juga boleh menghantar rekod ini kepada doktor anda atau mengambil gambar skrin ukuran dalam aplikasi untuk dikongsi dengan mereka. 

Cara mengira Purata Tekanan Darah anda:

  • Abaikan bacaan hari pertama (kerana ini adalah masa anda membiasakan diri dengan mesin) dan ambil purata bacaan sekurang-kurangnya selama 5 hari.
  • Jumlahkan semua tekanan darah sistolik atas & bahagikan dengan bilangan bacaan yang diambil 

(jika anda mengambil 3 bacaan maka anda akan mengira purata bacaan Sistolik anda seperti berikut (145 + 150 + 155) / 3 = 150), kemudian ulangi dengan bacaan bawah iaitu tekanan darah Diastolik anda.

June 20, 2026
Page last reviewed:
June 20, 2026
Next review due:
Ditulis oleh
RGN Tiago Grohmann
Diulas oleh
Dr Claudia Ashton
adattamento a cura del

Maklumat dalam laman web ini adalah untuk tujuan pendidikan dan makluman umum dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau pelan perawatan daripada pasukan klinikal bertauliah. Anda disyorkan untuk merujuk kakitangan kesihatan bertauliah untuk mendapat panduan kesihatan peribadi.

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah