Gaya Hidup
Manfaat latihan rintangan

Latihan Rintangan untuk Pengurusan Berat Badan

  • Bagaimana latihan rintangan menyokong pengurusan berat badan.
  • Tip menyesuaikan senaman rintangan dalam rutin anda tanpa ke gim.
  • Petua untuk bermula dengan selamat dan berkesan.

Senaman yang menyokong pengurusan berat badan sering berfokus kepada aktiviti kardio seperti berjalan, berlari dan berbasikal. Walaupun aktiviti-aktiviti ini sangat baik untuk kesihatan keseluruhan anda, latihan rintangan adalah jenis senaman lain yang sering dilupakan. Dengan mengamalkan senaman berasaskan kekuatan dalam rutin anda, anda boleh mendapat faedah tambahan, seperti peningkatan kekuatan otot dan pencapaian yang lebih mampan.

Bagaimana latihan rintangan menyokong pengurusan berat badan?

Latihan rintangan membantu mengurangkan kandungan lemak sambil membina otot. Apabila anda mengangkat, menolak, atau menarik beban (atau apa-apa bentuk rintangan), otot anda mengalami koyakan kecil. Apabila badan anda membaiki koyakan ini, ia akan membina otot yang lebih kuat dan lebih besar.

Tisu otot membakar lebih banyak kalori semasa anda sedang rehat berbanding lemak, jadi otot yang kuat akan meningkatkan metabolisme anda. Badan anda akan membakar lebih banyak tenaga walaupun anda tidak bersenam, membantu anda mengurangkan lemak dan meningkatkan kesihatan metabolik keseluruhan anda.

Adakah saya perlu mengangkat beban atau pergi ke gim?

Tidak sama sekali! Latihan kekuatan tidak semestinya melibatkan gim atau peralatan yang canggih. Anda boleh melakukannya dengan mudah dalam rumah, di taman, atau di halaman rumah anda.

Berikut adalah beberapa latihan rintangan mudah yang boleh disertakan dalam rutin anda:

  • Getah rintangan (resistance band): Sesuai untuk mereka yang baru bermula kerana ia ringan, berkesan, dan selamat.
  • Dumbel atau 'kettlebell': Sangat baik untuk senaman di rumah yang membina kekuatan dan kecergasan otot.
  • Senaman berat badan: Pergerakan seperti 'squat', 'plank', 'calf raise', atau tekan tubi pada dinding mudah dilakukan dan menggunakan berat badan anda sebagai rintangan.
  • Senaman menggunakan kerusi: Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah mobiliti. Menambah getah rintangan boleh menjadikan senaman ini lebih berkesan.
  • 'Snek' senaman: Snek senaman kekuatan ringkas mudah untuk diselitkan dalam rutin harian anda, seperti melakukan beberapa 'squat' atau tekan tubi semasa iklan TV atau sambil menunggu cerek mendidih.
  • Sesi Senaman Video: Terdapat pelbagai pilihan senaman dalam aplikasi Roczen yang tersedia dalam format video yang mudah ikuti.

Bermula dengan selamat

Apabila mencuba senaman baharu, penting untuk memastikan keselamatan anda dan teknik yang betul. Berikut adalah beberapa tip:

  • Dapatkan bimbingan profesional: Jika anda tidak pasti cara memulakan rutin senaman yang sesuai dengan anda, jurulatih peribadi atau mengikuti tutorial dalam talian seperti dalam aplikasi Roczen boleh membantu.
  • Ikut rentak sendiri: Mulakan dengan perlahan-lahan dan elakkan memaksa diri, terutamanya jika anda baru mula bersenam.
  • Berhubung dengan doktor anda: Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau kecederaan, berbincanglah dengan doktor atau ahli fisioterapi anda sebelum memulakan rutin latihan kekuatan.

Kebimbangan umum tentang latihan kekuatan

Jika anda bimbang latihan rintangan mungkin membuat anda kelihatan seperti ahli bina badan, jangan risau, ia tidak akan berlaku! Membina otot besar memerlukan latihan intensif dengan beban yang lebih berat, yang bukan sebahagian daripada kebanyakan rutin senaman harian.

Kesimpulan

Latihan rintangan merupakan cara yang unik dan berkesan untuk menyokong pengurusan berat badan sambil meningkatkan kesihatan dan kekuatan keseluruhan anda. Anda tidak memerlukan peralatan mahal atau pergi ke gim untuk bermula. Dengan alatan seperti getah rintangan, dumbel, atau hanya berat badan anda sendiri, anda boleh mencipta rutin yang sesuai dengan kehidupan anda, di mana sahaja anda berada. Mulakan dengan langkah kecil, kekal konsisten, dan lihat perubahan diri anda menjadi lebih kuat, lebih langsing, dan lebih bertenaga.

June 20, 2026
Page last reviewed:
June 20, 2026
Next review due:
Ditulis oleh
RGN Tiago Grohmann
Diulas oleh
Robbie Green RD
adattamento a cura del

Maklumat dalam laman web ini adalah untuk tujuan pendidikan dan makluman umum dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau pelan perawatan daripada pasukan klinikal bertauliah. Anda disyorkan untuk merujuk kakitangan kesihatan bertauliah untuk mendapat panduan kesihatan peribadi.

Copied to clipboard!

Pautan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Roczen
Jika anda berpangkalan di UK, sila klik di bawah
Jika anda berpangkalan di Malaysia, sila klik di bawah